Wednesday, March 25, 2009

Biro Akademik mengorak langkah

IRBID, 25 Mac 2009-Musim peperiksaan yang menjelang semakin menjadi cabaran kepada para pelajar tahun satu. Walau bagaimanapun, cabaran ini dapat diringankan lagi dengan beberapa langkah yang telah diambil oleh Biro Akademik di bawah kendalian saudara Muhammad Hashemi Dahalan.
Antara langkah terbaru yang dilaksanakan ialah penubuhan kumpulan belajar untuk subjek Organic Chemistry. Program yang dinamakan 'Grup Sukses OC' itu bertepatan dengan matlamat akademik iaitu pencapaian muaddal sekurang-kurangnya 85% pada semester kali ini.
Program ini akan diadakan pada 26 dan 28 Mac ini. "Ahli-ahli akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dalam kumpulan masing-masing, kita akan bincang soalan-soalan tahun lepas," memetik saudara Asyraf, ahli jawatankuasa biro.
Segala maklumat lanjut boleh dirujuk dalam Yahoo Group.

-BK-

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More