Sunday, December 19, 2010

Risalah Kembara 3:UAE

Setelah lama menanti,Risalah Kembara kini kembali.Memandangkan cuti bulan 1 yang makin hampir,pastinya ramai antara kita sudah merancang percutian nanti.

Minta maaf sebab lambat.Baru tadi korek-korek emel,tengok ada lagi.Kali ni giliran UAE pulak.

ferrari_theme_park_dubai_1 

UNITED ARAB EMIRATES

Musim sejuk, persendirian, 6 orang, JD 600 (termasuk membeli-belah)

+971506984296 , Rashid-tour consultant

A )

clip_image001[55] Dubai

~ sebuah bandar yang sangat maju

~ desert safari, river cruise

~ burj dubai (menara tertinggi di dunia)

~ dubai mall (mall yang sangat besar)

~ palm island

~ burj arab

~ emirates mall, diera city center, gold souq

~ Global village( festival membeli-belah Dubai dalam bulan januari dan februari = barang sangat murah )

B )

clip_image001[56] PASPORT

clip_image001[57] TUNAI, KAD DEBIT

clip_image001[58] SWEATER

clip_image001[59] HOTEL

clip_image001[60] PENGANGKUTAN DARAT

C )

clip_image001[61] MAKANAN HALAL DIJUAL DI MANA-MANA SAHAJA

clip_image001[62] MASJID DI MANA-MANA SAHAJA

D )

clip_image001[63] Duit mesti mencukupi. Perlu murokib kalau keluar malam. Mana-mana pon bahaya tapi secara keseluruhan selamat sahaja

clip_image001[64] Masalah kekeliruan ketika menaiki bas. Pastikan tengok peta betul-betul dan tanya orang tempatan.

clip_image001[65] Teksi agak mahal dan bayaran minimum 10dirham=rm10 , lebih baik naik metro dan bas kalau hendak jimat

nantikan yang seterusnya….

Wednesday, October 27, 2010

RTJ+AGM

Pada 15hb Oktober yang lalu telah berlangsung serentak Rumah Terbuka JUST08 dan Annual General Meeting.Tujuan sebenar program tahunan ini dilaksanakan ialah untuk semua ahli JUST08 dapat memuhasabah diri setelah 2 tahun lebih berada di bumi Jordan ni.

Walaupun dalam kesibukan pelajar-pelajar perubatan menghadapai peperiksaan 3 hari sebelumnya,alhamdulillah masih sempat bersiap untuk melaksanakan program tersebut.agmbatch

Majlis dimulakan dengan perbincangan isu-isu berbangkit.Saudara Ahmad Faiz telah ditugaskan untuk mengelolakan sesi ini.Pelbagai isu berbangkit telah dikemukakan dan bermacam-macam idea bernas dari ahli telah diutarakan untuk menyelesaikan setiap masalah berbangkit.Antara isu yang sempat dibincangkan ialah mengenai blog,akademik,dan nilai tambah(fiqh medik dan clinical skill).Isu yang paling hangat ialah tentang akademik yang dikatakan survival kita berada di Irbid ini.Boleh dikatakan suasana agak hangat ketika membincangkan persoalan “adakah persatuan membawa kesan dalam akademik?”.Resolusi terhadap isu tersebut,kita selaku rakan sebatch hendaklah support rakan yang lain.Jangan biarkan rakan kita bekerja sendirian.Bagi yang merasakan akademik ialah nombor 1,ingatlah persatuan bukan nombor 2 dan bagi mereka yang menganggap persatuan sebagai nombor 1,ingatlah akademik bukan nombor 2.Kedua-duanya perlu maju serentak.

Setelah tiba waktu asar,majlis ditangguhkan sebentar untuk memberi peluang kepada semua untuk menunaikan solah fardhu asar.Selesai sahaja solah asar,majlis diteruskan dengan ucapan penggulungan oleh pengerusi JUST08 sesi 09/10 saudara Ahmad Hidayat Hasni.Teks ucapan beliau bolehlah dibaca di blog beliau(kalau nak baca klik sini).

Majlis diteruskan dengan 2 buah persembahan.Persembahan pertama ialah nyanyian dan kedua persembahan video.Untuk persembahan nyanyian telah disampaikan oleh sebuah kumpulan yang diberi nama Kugiran Jalanan yang dianggotai oleh Hilmi,Danial,Ashraf dan Hady.Mereka menyampaikan 2 buah lagu, Ku Pohon Restu Ayah Bonda dan Laskar Pelangi.

Untuk persembahan video,video tersebut telah disunting oleh saudara Muhammad yang turut dibantu oleh Atiff.

Agenda seterusnya ialah pengumuman keputusan pilihanraya yang telahpun dilaksanakan sehari sebelum program ini berlangsung.1 kerusi dipertandingkan untuk pengerusi dan 1 juga untuk naib pengerusi.Untuk kerusi-kerusi lain 3 tempat dipertandingkan untuk syabab dan 3 untuk akhawat.Pengumuman disampaikan sendiri oleh pengerusi pelaksana pilihanraya,Abdul Hadi.Keputusannya ialah seperti berikut:

Pengerusi:Hilmi

Naib Pengerusi:Wan Syakina

Ashraf

Afnan

Fawwaz

Hidayah Subri

Hidayah Hisyam

Aida

Untuk agenda terakhir sebelum jamuan,telah diumumkan pemenang-pemenag anugerah yang mendapat undian tertinggi.Tahniah diucapkan.

Syabab

AnugerahJasa Akademik:Idris

Anugerah Rakan Mithali:Arif

Anugerah Iron Chef:Luqman

Anugerah Fotografi Dan Editing:Hariz

Anugerah Penulisan:Syamil

Akhawat

Anugerah Jasa Akademik:Zulaikha

Anugerah Rakan Mithali:Arfiezati

Anugerah Iron Chef:Norizan

Anugerah Fotografi Dan Editing:Hidayah Subri

Anugerah Penulisan:Intan

Maka selesailah majlis RTJ+AGM batch JUST08.Selepas itu,masing-masing dijemput untuk menikmati juadah hari raya yang telah disiapkan oleh ajk persegaran yang diketuai oleh Afnan dan dibantu oleh Nasuha Aziz.Banyak yang memuji kesedapan hidangan pada petang tersebut.Memang tak salah mereka jadi ajk persegaran.Terima kasih.

Dalam kesempatan ini,saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian supaya ambil cakna apa yang dibincangkan dalam program tersebut.jangan biarkan program ini berlalu begitu saja.Kayu ukur kejayaan program ini bukanlah terletak pada kelancaran program sahaja atau kesedapan hidangan sahaja.Tetapi sejauhmana setiap dari kita memanfaatkan apa yang diperoleh dalam program untuk diamalkan dalam kehidupan.Rasanya kebanyakan perkara yang dimuhasabahkan ramai yang telah tahu.Diharapkan program yang sebentar ini dapat menyegarkan kembali pengetahuan dan kefahaman kita.Insya Allah.Medan sebenar kita ialah apabila keluar dari program.Semoga yang jernih kita ambil,yang keruh kita cuba jernihkan.

Akhir kalam,jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ajk pelaksana RTJ+AGM kerana sanggup meluangkan masa untuk menguruskan program ini.Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi meminjamkan rumah.Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini terutamanya Team Memasak dan tidak lupa untuk semua yang sudi hadir ke majlis RTJ+AGM.Moga program tersebut diredhai Allah.

Wallahualam.

 

Dilaporkan oleh,

Afiq Fawwaz Bin Ahmad Saleh

Pengarah RTJ+AGM

Tuesday, October 26, 2010

Brain Circle

Pihak MMJ dengan kerjasama JUST08 akan mengadakan BRAIN CIRCLE.Tujuan Brain Circle ini diwujudkan ialah:

 

1.  nak pastikan semua org up to date dgn semua lecture (so boleh elak study last minute)

2.  untuk memastikan semua btl2 faham so blh tackle semua question

3. memberikan sokongan kpd rakan n finally together achieve success insya Allah

 

Berikut ialah pembahagian kumpulan untuk syabab:

1)Arif
Tuan Zul
Danial
Nik Aizat

2)Mursyid
Dziya
Adam
Azri

3)Hashemi
Hady
Hilmi
Faiq

4)Ideris
Ibrahim
Abdullah
Luqman
Syamil

5)Hidayat
Faiz
Azam
Ashraf
Fawwaz

-nama yang diatas untuk setiap kumpulan ialah ketua bagi kumpulan tersebut.kalau nak lantik ketua lain pun tak pa.

Cadangan kaedah untuk pelaksanaan Brain Circle
1.the most important one:sebelum start,niatkan belajar kerana Allah
2.Pastikan sebelum datang,anda telah tamat baca material minggu sebelumnya.
3.kalau boleh,sebelum hari rabu anda telah selesai buat liqa untuk bincang material minggu sebelumnya
4.cadangan pelaksanaan untuk setiap subjek pulak
             Physio,Biochem,Patho : perlukan explaination dari mereka yg lebih memahami
             Anat : penceritaan
             Pharma,Microb : pop quiz
5.Masa liqa',x perlulah bincang semua.mesti masa x cukupkan.jadi disini peranan setiap ahli kumpulan dan ketua kumpulan terutamanya untuk fikirkan apa yang utama.

-diharapan semua orang dapat beri kerjasama.

-sebarang masalah dan cadangan boleh berjumpa terus dengan biro akademik JUST08 atau biro akademik MMJ.

Sekian.

Sunday, July 18, 2010

Risalah Kembara 2:Switzerland

Bertemu lagi dalam Risalah Kembara.Maaf sebab terlambat post.Kali ni giliran Swiss pulak.

 

europe-political-large (2)

Panduan :

A = TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI

B = KEPERLUAN PERJALANAN, PENGANGKUTAN DAN PENEMPATAN

C = KEMUDAHAN MAKANAN DAN MASJID

D = KESELAMATAN, PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

SWISS

Musim sejuk(digalakkan musim panas), persendirian, 3orang, JD 700

A )

clip_image001[90] ZURICH

~ tempat romantic ala2 Venice

~ bandar termahal didunia ( tumpuan Private bank )

~ tempat perukaran barangan ke-4 terbesar di dunia

~ seperti berada di zaman pertengahan

~ pertembungan dua sungai.

clip_image001[91] CHUR

~ Canton Graubunden terbesar

~ Tempat murah bermain ski bersama keluarga (tempat reakreasi bukan sukan)

~ bandar bersejarah yang cantik

clip_image001[92] INTERLAKEN

~ cantik (Bandar di antara dua tasik dan gunung)

~ tempat yang sesuai untuk pencinta panorama alam

~ kaki Gunung Jungfrau (top of europe - gunung tertinggi banjaran Alps)

clip_image001[93] GENEVA

~ persidangan PBB

~ bandar zaman Rom (old town)

~ bandar ala-ala Bandar Perancis

~Tasik Geneva (tasik terbesar di SWISS)

clip_image001[94] LUCERN

~ bandar antara sungai dan banjaran Alps

~ Kota antik

~ Water tower

clip_image001[95] BERN

~ Capital city

~ Tanah kelahiran Einstein

~ Muzium kenderaan

~ Bandar seakan-akan berada di tanjung ( bertemuan dua sungai dari sisi)

~Sejarah seakan-akan Melaka.

clip_image001[96] BASEL

~ Bersempadan dengan Perancis dan Jerman

~ Old town yang menarik.

B )

clip_image001[97] PASPORT

clip_image001[98] TUNAI, KAD KREDIT

clip_image001[99] WINTERCOAT, SWEATER

clip_image001[100] RUMAH KENALAN, HOSTEL

clip_image001[101] PENGANGKUTAN UDARA, PENGANGKUTAN DARAT

C )

clip_image001[102] SEDIKIT SUKAR MENCARI MAKANAN HALAL

~ banyak kedai yang mempunyai logo halal tetap diragui walaupun penduduk setempatnya adalah muslim

clip_image001[103] SANGAT SUKAR MENDAPATKAN MASJID

~memerlukan beberapa teknik untuk mencari masjid

D )

clip_image001[104] DIGELAR "The Most Safety Country in the World"

clip_image001[105] Penduduk setempat amat ramah dan suka menolong pelancong, sangat baik dan rapat walau dengan orang yang tidak dikenali.

clip_image001[106] Tidak perlu terkejut jika disapa dan disenyum secara tiba-tiba oleh orang yang tidak dikenali.

clip_image001[107] Walaubagaimana sekalipun beberapa kawasan yang berdekatan France telah menerima sedikit pengaruh France yang menjadikan mereka kurang mesra dan kurang melayan pelancong.

Friday, May 14, 2010

TENTANG KITA 2

Situasi 1

"Eh, aku nak jadikan stoking aku sebagai khuf lah sebab aku lupa nak beli khuf sebelum travel"

"Eh, boleh ke? Kalau aku jadi kau, aku amik pihak selamat kot. Aku tak jadikan stoking tu sebagai khuf.."

Situasi 2

"Enti, macam mana ni? Ana lupa nak bawa kompas lah. Orang jaga hotel ni pula bukan Islam. Mesti dia tak tahu kiblat. Macam mana ye?"

"Ermm… ana pun tak berapa nak tahu sebenarnya.."

Situasi 3

" Bro, jom makan. Lapar dah ni."

"Confident ke nak makan kat sini?"

 

Pernah mengalami keadaan seperti diatas dan tak tahu nak buat apa??

Jangan risau,dengan sukacitanya dibawakan khas untuk anda "Suci Sebuah Kembara"

Sebuah program yang disusun untuk menjawab segala persoalan dan keraguan anda ketika ber'travel'.Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meleraikan segala kekusutan di kepala anda.

 

Maklumat program:

Tarikh:15/5/2010

Masa: 7.45 p.m -10.00 p.m.

Tempat:Bayt Khadijah Khuwailid (bayt kauthar,umairah,izzati sharifuddin)

 

Jom ke sana!!!!!

datang awal tau...

Saturday, May 8, 2010

Risalah Kembara 1 : Perancis dan Sepanyol



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Seperti yang kita maklum dahulu, Jawatankuasa Kebajikan dan Aktiviti Luar telah melancarkan projek Penjelajahan Kita Edisi Musim Sejuk yang akan menambil info-info dan maklumat penting daripada setiap pengembaraan mahasiswa JUST08 ketika cuti yang lepas.

Kini, segala maklumat Penjelajahan Kita akan diterbitkan di Buletin Kita dan mempunyai 7 siri yang akan memaparkan 7 destinasi kembara dan dinamakan Risalah Kembara.

Untuk siri sulongnya, Buletin Kita akan memaparkan Risalah Kembara untuk destinasi Perancis dan Sepanyol.



Al-Hambra, Granada, Sepanyol


Panduan :

A = TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI

B = KEPERLUAN PERJALANAN, PENGANGKUTAN DAN PENEMPATAN

C = KEMUDAHAN MAKANAN DAN MASJID

D = KESELAMATAN, PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN


Bagi mengetahui keperluan visa bagi pemegang passport Malaysia yang ingin ke luar negara, sila klik sini.

Mezquita, Cordova, Sepanyol


PERANCIS DAN SEPANYOL

musim sejuk,persendirian,11 orang

A )

* PARIS

~ ibu negara prancis

* CORDOVA

~ terdapat mezquita yang merupa sebuah masjid pada dahulunya dan sekarang dinamakan mezquita citadel setelah jatuhnya spanyol ke tangan kristian

* GRANADA

~ terdapat alhamra

* MADINAH AZZAHRA

B )

* IQAMAH

* WINTERCOAT, WINDBREAKER, SWEATER

* TUNAI

* PENGANGKUTAN UDARA

* HOTEL

C )

* SANGAT SUKAR MENDAPATKAN MAKANAN DAN MASJID

D )

* CARI MAKLUMAT SEBELUM PERJALANAN, BOTOL KECIL (WUDU’)


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More