D )KESELAMATAN, PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN Senaraikan terlebih dahulu sebelum bertolak maklumat hotel mane nak menetap di setiap kawasan, ambil no kedutaan. Juga sebelum bertolak cari maklumat mengenai restoran-restoran halal di sana. Cari maklumat waktu operasi tempat-tempat menarik, sama ada buka atau tutup waktu winter dll.Konklusinya, buat ‘research’ betul-betul sebelum bertolak. Tapi yang paling penting, seperti disebut di atas.. Mereka banyak bawa anjing bersiar-siar, tapi anjing baik2.Jangan risau.. Wudu’ jaga selalu supaya senang nak solat, boleh solat di mana-mana. Surau jgn haraplah. Kami khuatir sensitiviti mereka terhadap Islam, kami terpaksa solat di tempat tersorok. Kami kadang-kadang solat di zoo sahaja. Bila sudah dapat hotel, sangat lega sebab boleh solat dengan senang hati. Bawa kain lapik ke mana untuk dijadikan lapik sujud. Sarung tangan beli siap-siap di sini sbb kat sane agak mahal. Baju pakai tebal-tebal. Kasut pastikan kasut tapak tebal sebab bila banyak salji, jalan sangat licin. Kalau nak ski, tengok video tutorial kat youtube dulu, sgt membantu. Pengangkutan sangat mudah. Pusat informasi pelancong mudah ditemui. Kebanyakan mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris ( terutamanya budak-budak muda) dan mereka sangat suka membantu. Masalah macam tidak banyak sangat. Restoran halal pun boleh cari menggunakan internet. Cadangan : Luangkan masa ke kedutaan dan pusat islam. Kedutaan mungkin akan memberikan banyak informasi yang berguna. |