salam alaik..
syu 'akhbarakum. ..
insyaAllah kullu tamam...
Harapnya semua warga just08 sihat2 hendaknya...
Disini saya ingin mencoret sedikit hasil contengan buat makluman warga penggemar buletin kita ini..
Kehadiran disni bukanlah untuk menbuat bebelan , atau mengambil bahagian dalam perdebatan berkaitan adik Nik Nur Madihah tetapi ingin membuat sedikit pengumuman yg penting buat semua.
Seperti yang kita sedia maklum , pertandingan hafazan telah banyak dianjurkan oleh pelbangai pihak di bumi Irbid ini.Sudah semestinya telah banyak Hafiz2 kita yang menyertainya. Manamungkin semua perserta menjadi pemenangnya. Bak kata amianh disini, musy ma'gul... Sekarang merupakan masa yang dinanti2 oleh peserta yang tidak berjaya bergelar Johan untuk merangkul gelaran tersebut,manakala bagi johan2, tidakkah anda berasa puas hati dengan memberikan kedudukan anda kepada orang lain tampa mehempas pulas untuk mempertahankannya. ..
Tambahan pula , kita di bumi Irbid ini kaya dengan pelbagai program.Salah satu sudut dari program2 yang dijalankan adalah untuk melahirkan Hafiz2 al-Qur'an.Jadi sahutlah peluang ini, bagi menguji kemampuan kita setelah mengembleng tanaga mengikuti kelas secara insentif demi mendapatkan redho dariNya.Seraca langsung , kita dapat menimba pengalaman untuk menjadi nilai tambah bagi diri kita sekaligus merealisasi impian negara dan agama untuk melahirkan mahasiswa proaktif dan seimbang.
Sebenarnya, satu pertandingan hafazan al-Qur'an akan diadakan di JUST.
Butiran adalah seperti berikut:
TARIKH: 23 April 2009
HARI: Khamis
TEMPAT: Masjid Jamiah JUST
MASA : Selepas solat Zohor - Azan solat Asar
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori . kategori yang pertama adalah hafazan bagi suran AL-ANFAL(kategori i)manakala kategori yang kedua adalah hafazan bagi surah MUHAMMAD(kategori ii).Kedua-dua kategori terbahagi kepada syabab dan Akhawat menjadi empat kategori.
Mesti ramai yg tertanya2.Bagaimana cara untuk menyertainya? Adakan perlu untuk mendaftar terlebih dahulu? Tidak! jika anda berminat, terus bergegas ke tempat berkaitan dan boleh mendaftar pada hari dan waktu pertandingan berlangsung.
"Yah!Peluang menarik, tapi ape adiah yg aku dapat kalau aku bergelar johan??" Amat menarik hadiah yang disediakan. Untuk hadiah UTAMA bagi kategori i ialah PAKEJ UMRAH manakala untuk kategori ii ialah NUS PAKEJ UMRAH(separuh ditanggung).
Saya telah diminta tolong oleh seorang sahabat arab yang merupakan salah seorang hakim pada hari tersebut untuk menyampaikan maklumat ini likulli maliziyin.
InsyaAllah kepada yang berminat...
Bittaufiq wannajah....
~Wassalam~
Sunday, April 19, 2009
Posted by Buletin Kita! on 6:04 PM
0 Respon:
Post a Comment