Monday, March 16, 2009

Sekitar mesyuarat semester ini.

IRBID, 15 Mac 2009- Berikut merupakan intipati mesyuarat yang telah dipersetujui semalam:
1) Penerangan tentang matlamat tahunan iaitu penekanan terhadap peningkatan akademik, istiqamah amalan dan pengukuhan akhlak. Motto tahun ini ialah ‘Kita Gempak!’
2) Penerangan tentang matlamat semester ini yang terbahagi kepada aspek akademik, sosial, ekonomi dan juga kerohanian.
3) Pemantauan biro-biro oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi
Ketua : Biro Kerohanian dan Biro Sukan dan Riadah
Penolong Ketua: Biro Penerangan dan Perhubungan
Setiausaha : Biro Keselamatan dan Kebajikan
Bendahari : Biro Akademik dan Biro Tugas-tugas Khas
4) Pembentangan Biro-biro:
Biro Akademik :
-Matlamat muaddal semester sekurang-kurangnya 85%.
-Kempen ponteng sifar.
-Kumpulan subjek.
Biro Tugas-tugas Khas :
-Menambah bilangan ahli jawatankuasa. (Hilmi dan Wan Zulfadhli)
-Menambahkan dana melalui tender makanan ketika majlis PERMAI serta jualan makanan.
-Pemberian komisyen kepada pekerja-pekerja tender yang dilantik.
Biro Sukan dan Riadah
-Penglibatan dan komitmen dalam Liga PERMAI.
-Mengadakan rehlah.
-Mengadakan riadah khas serentak.
-Penekanan terhadap komitmen serta ketepatan masa dalam aktiviti.
Biro Keselamatan dan Kebajikan:
-Penekanan terhadap penggunaan selak pintu pada setiap rumah.
-Setiap rumah memiliki satu senjata sebagai persediaan.
-Penekanan terhadap pemilikan kit bantuan kecemasan di dalam setiap rumah.
-Saranan untuk mengamalkan doa untuk keselamatan.
-Penyediaan kod-kod keselamatan dan panduan kecemasan.
-Mewujudkan kelas silat.
-Mewujudkan kumpulan-kumpulan ‘muraqib’ yang sistematik.
Biro Kerohanian
-Menghayati dua hadis dalam suatu tempoh waktu.
-Saranan mengamalkan bacaan Al-Ma’thurat.
-Kehadiran para pelajar dalam introspeksi.
-Mewujudkan kelas tafaqquh untuk ahli-ahli.
-Mewujudkan hari khusus untuk solat Subuh berjemaah di masjid secara beramai-ramai.
Biro Penerangan dan Perhubungan
-Cadangan mewujudkan kertas kerja perbincangan Fiqh Perubatan yang akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.

Sesi soal jawab dan cadangan:
-Mengadakan motivasi.
-Menguruskan pembelian ‘skeleton anatomy’.

Hal-hal lain:
1. Motto
-penetapan dengan persetujuan ahli
2. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Zakat
Ahli jawatankuasa terdiri daripada:
-Nik Muhammad Aizat
-Afiq Fawwaz
-Muhammad Luqman
- Rozaili Aswan
3. Yuran
-pendaftaran : 5JD
-fasal : 15JD
4. Masalah lelaki dan perempuan
-cara mengatasi
5. Buka akaun bank untuk tabung persatuan.
6. Turut dibincangkan berkenaan tiket kapal terbang, umrah, pilihanraya JUST, kelab ‘soft skill’ PERMAI.
-BK-

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More