Saturday, April 18, 2009

Negara perlukan saintis doktor

Univeriti Yarmuk, 18 April-Kerajaan memerlukan banyak penglibatan dalam kerjaya sebagai saintis doktor. Kerjaya ini bukanlah kerjaya yang asing daripada perubatan malah salah satu cabang baru dalam perubatan. Begitu menurut Prof. Dato' Dr. Lokman bin Saim dalam ucapan beliau di Dewan Kuliah Tarbiyah, Universiti Yarmuk.

Kerjaya saintis doktor ini juga melibatkan kajian-kajian tentang data-data pesakit, serta beberapa penyelidikan dalam bidang perubatan. Beliau yang juga seorang pakar neurootologi turut menyatakan bahawa untuk menjadi saintis doktor, seseorang itu perlu menyambung pengajiannya dalam doktor falsafah.

"Jika ada selepas ini yang mendapat Anugerah Nobel di Malaysia, berkemungkinan daripada bidang perubatan," memetik ucapan beliau dalam program tersebut.

Beliau memberi ceramah dalam program anjuran PERMAI iaitu Miniclinic. Program yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa badan kebajikan anak negeri itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan, Tuan Haji Sulaiman bin Ismail.

-BK-

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More