Sunday, May 3, 2009

"Antara Batu Besar, Batu Kecil, Pasir dan Air."

تقديم التهاني (arab)
congratulation (english)
祝贺 (mandarin)
बधाई (tanil)
kutlama (turki)
Glückwünsche (jerman)


"WAKTU ITU IBARAT PEDANG, JIKA KAMU TIDAK MEMOTONGNYA NESCAYA IA AKAN MEMOTONG KAMU"
Banyak kita dengar pepatah arab ini. tetapi sekadar manakah penghayatan yang diadaptasikan dalam perkerjaan rutin kita.

"Demi masa. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenarandan saling menasihati untuk kesabaran." --surah al-'Asr

Di dalam kitab Allah yang dikenali sebangai al-Tanzil ini disediakan satu suruh khas tentang masa. Semata-mata untuk memperingati manusia hamba yang amat dikasihaniNya.

Sebenarnya post ini bukanlah untuk membuat bebelan iklas....tetapi rencana ini lebih sebangai mesin masa yang akan membawa anda kembali lebih muda, lebih muda 9 bulan yang berlatarkan lapangan terbang KLIA, saat kita semua berkumpul buat menghitung sisa-sisa hayat akhir di Malaysia buat kala itu.
Cuba renungkan kembali. Apa kata-kata yang terlontar oleh bibir merah mulus ibubapa kita ketika itu, apa pula wasiat terakhir Ustazah Fatahiyyah tika detik itu, dan bangaimana pula layanan-layanan terakhir sahabat-sahibah kita seprogram.Jangan menangis lagi...(soba2, amek tisu kt sebelah lap dlu ayaq mata tu!!)Pasti berderai titisan-titisan mutiara bila mana isu ini disentuh terutama pada mana semua telah siap photostat tiket dah melekatkanya di dinding bilik...Alihkan pandangan anda dari melihat tiket tersebut, jika tidak nanti........(banjir susah lk)..

Sedikit sebanyak selingan sebangai peringatan bagi membuka kotak fikiran yang sudah usang dek subjek berat seperti animal care, food preservation dan environment protection serta seangkatan dengannya...

Sekalung penghargaan buat semua sahabat2 semua.Maaf atas kelewatan .Pasti semua sedia maklum Kita sama mengembleng tenaga , memperuntukkan waktu dengan komitmen masing-masing kebelakangan ini.

Pejam celik-pejam celik kita telah melalui banyak program-program di bumi Irbid ini.Boleh dikatakan semua program tersebut bergerak dengan hasil kudrat sesetengah daripada warga kita sendiri( just 08 ). Tahniah sekali lagi diucapkan.Dari program yg mendapat pujian atau pun bebelan ikhlas.Kita ambil semua itu sebangai satu cabaran dan cuba mencari potensi. Dari PERMAI Open Sports day, Mini Clinics, Maarat Ath-Thaqafi, aktiviti-aktiviti Bkan seperti Talk susu ibu, Bacaan yasin dan solat hajat setra Family day dan yang terakhir KARISMA. Tahniah bagi perangkul emas, tidak lupa juga yang perak dan gangsa. Penghargaan patut juga diberikan kepada atlit yang tidak bernasib baik.Semuanya secara menyeluruh dikira sebangai berjaya.Tahniah!!

"Perkara yang terberat adalah amanah".Itulah antara wasiat yang ditinggalkan iman Al-Grazali.Ingat amanah itulah satu ujian besar buat kita. Moga-moga semua telah menjalankan amanah yang dimandatkan dengan jayanya.Alhamdulillah.. Moga-moga selepas ini dapatlah kita jalnkan dengan lebih baik dari sebelumnya. Bak kata pepatah."Hari ini lebih baik dari semalam , dan hari esok lebih baik dari hari ini".

Dalam kegawatan dan kesibukan menjalankan tugas.Dalam waktu yang sama exam tiba-tiba mendatang.Jangan gusar.Inilah masanya kita menggunakan skill 'time manangement' yang telah banyak kita pelajari . Inilah masanya membuktikan kemampuan diri. Jangan 'Stress'. Sebaliknya praktikkan cara mengawal dan menanganinya. Memang lumrah manusia, tidak dapat kekang dari terjerebak dangan 'stress' ini. Tapi belajarlah menanganinya.'Jangan sesekali ponteng kelas; kerana anda akan lebih stress',olahan dari Dr. Rasyid Al-Jomard.

Pasti ramai yang tertanya-tanya. Bagaimana cara terbaik menguruskan masa andai kita mempunya tugas yang penting dan dalam masa yang sama kita juga mempunya peperiksaan .Dalam situasi sedemikian pelbagai teori boleh diguna pakai. Bermacam mazhab tersedia, terpulang pada kita hendak mengikuti yang mana lebih sesuai. Sama ada teori Tony Buson atau Fadhilah Kamsah yang menjadi taruhan . Itulah yang sering dikatakan batu besar, batu kecil, pasir dan air. Hendak dimasukkan kedalam bekas.Setelah puas bahagi , darab, tolak, punca kuasa dan pengamilan. Apa resolusinya.Apa yang perlu dimasukkan dahulu??
Seperti mana pendapat seorang sahabat kita, 'biarlah kita tidak tidur sehari dua demi menyiapkan tugas yang diberikan dan membuat persedian untuk peperiksaan yang menjelang tiba' Betulkah teorinya itu?? Atau anda mempunya buah fikiran yang berbeza..........



Bolehkah dinamakah bulan lepas sebagai "BULAN SIBUK KITA"(macam x sedap ja)..Maaf, kerana tidak dapat memuatkan gambar-gambar sepanjang aktiviti-aktiviti kita pada bulan lepas. InsyaAllah akan dikumpul dan dipostkn pada detik yang lain.Jika ingin berkongsi gambar . Bolehlah postkan kepada emel buletinkita@yahoo.com.

P/s:: i) Jika ada nama lain bagi bulan tersebut , bolehlah coretkan idea anda di ruangan komen...
ii) Andai anda mempunyai teori yang layak untuk mendapat hadiah nobel dalam pengurusan masa, bolehlah tinggalkan buat tatapan dan rujukan bersama...

~~RACS~~

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More