Monday, August 31, 2009

Habis Dah..

السلام عليكم و رحمة الله

Mula-mula sekali nak mohon maaf kepada pengunjung setia buletinkita yang  sudah beberapa kali masuk blog ini dan tetap sama tanpa post baru.Tentu semua orang ternanti-nanti (bajet) post baru setelah admin blog ini bertukar tangan.Setelah menerima beberapa kritikan blog ini tidak diupdate,bagi tidak menghampakan semua,ni ada sedikit coretan atau perkongsian dari saya.

Bukan apa,kemalasan dan kekangan masa(ya ke??) yang membantutkan usaha untuk “update” blog rasmi kita ni.Sebelum tu nak minta maaf juga sekiranya penulisan ini tidak menggunakan gaya bahasa yang formal.Saya cuba sehabis baik untuk menulis dalam gaya bahasa yang formal.

Kalau tak silap 29hb yang lalu ialah tarikh terakhir exam yang dilalui oleh beberapa orang antara kita setelah banyak antara kita yang habis exam pada 23hb.Ini bemakna tamat sudah pengajian tahun pertama kita di Jamiah al-Ulum wa at-Teknolojiya al-Urduniah.Tiada lagi sanfur selepas ini.Tahniah kepada semua.Pelbagai perasaan setelah menamatkan pengajian tahun pertama.Ada yang seronok dan ada juga sebaliknya.Sebulan kita akan berehat tanpa tekanan pelajaran(taktau la jika ada yang dah study untuk 2nd year).Bila difikirkan,lama lagi kita akan berkelana di Irbid.Bagi medic student kita masih berbaki 5 tahun(jgn bagi lebih tau) dan bagi dentist student ada 4 tahun lagi.

Setahun boleh dikatakan satu tempoh yang agak lama dan 5 tahun yang mendatang juga satu tempoh yang agak lama walaupun hakikatnya sekejap sahaja.Kehidupan kita sendiri pun hakikatnya sebentar sahaja.Sudah berapa banyak peluang yang telah kita cuba rebut atau sudah berapa banyak peluang yang kita cipta ataupun sudah berapa banyak peluang yang telah kita sia-siakan.Sama-sama kita fikirkan dan muhasabah.Saya akui saya  pun bukan seorang yang hebat dan telah sia-siakan banyak peluang,namun kita cuba usaha sikit-sikit pada masa mendatang agar kita dapat memaksimakan peluang yang kita ada.Sama kita banyakkan berdoa umpama orang yang lemas meminta pertolongan supaya Allah beri kita kekuatan Iman terutamanya.

Kini ramai antara kita yang telah pulang tanah air tercinta.Gunakan cuti ini sebaik mungkin.Kita mungkin bercuti dari seorang pelajar JUST,tapi kita tidak pernah bercuti dari tugas seorang Muslim Mukmin yang memikul pelbagai taklifan.Bagi seorang mukmin yang sebenarnya,tiada istilah rehat dalam hidup mereka kerana tugasan yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada.Tidaklah saya bermaksud sampai jangan tidur.Rehat diperlukan untuk mengumpul kekuatan bukannya sampai penat sebab banyak sangat  berehat.Saya tidak ingat ada seseorang pernah berkata,kerehatan yang sebenar ialah kepenatan di jalan Allah.Inilah yang kita nak.Sementara kita diberi kesempatan untuk bersama keluarga,cuba minta nasihat atau pengalaman dari mereka mudah-mudahan boleh beri kekuatan kepada kita.

Dalam kesempatan ini juga,saya mewakili diri saya, AMT dan AME  JUST 08 mengucapkan Tahniah  kepada yang berjaya memperoleh Dean List dan juga Presiden List samada anda bercita-cita atau tidak.Rasanya ramai antara kita yang berjaya.Jadi janganlah segan-segan untuk berkongsi berita gembira ini dengan sahabat-sahabat lain.Saya pun teringin juga nak tau siapakah mereka ini.Kalau segan anda bolehlah suruh kawan anda untuk bagitau orang lain.hehe...Kepada yang bercita-cita untuk dapat dean list tapi tak dapat,jangan bersedih,ada 5 tahun lagi.Kepada yang tidak bercita-cita semua itu tapi hanya mengharapkan keredhaan Allah,anggaplah ia satu bonus dari Allah swt untuk anda.Kepada yang lain,bukan bermaksud anda tidak berjaya cuma tiada rezeki.Semua kita berjaya insya Allah.

Akhirkalam,sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52 ini,saya nak mengajak kita semua membebaskan juga diri kita dari belenggu jahiliyah.Inilah kemerdekaan hakiki yang kita cuba capai iaitu bebas dari belenggu jahiliyah dan merasa keterikatan dengan Allah.Apalah maknanya jika kita setakat merdeka dari penjajahan fizikal British,tapi jiwa kita masih terjajah.

~~Ramadhan Akademi Ketaqwaan~~

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More