Thursday, October 8, 2009

Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum teman2 seperjuangan..
Moga semua sihat2 belaka.Sihat fizikal dan sihat Iman.

Di sini nak bgtau,Lujnah Akademik JUST 08 akan menganjurkan satu Program Kembali Ke Sekolah ataupun dalam bahasa Inggeris Back To School pada hujung minggu ini.Semua warga JUST 08 dijemput ke program yang akan diadakan ini.Berikut ialah butiran program:

Untuk pelajar pergigian:

Hari:Jumaat
Tarikh:9 Oktober 2009
Masa:3 petang
Tempat:Bayt Adnin

Untuk pelajar perubatan:

Hari:Ahad
Tarikh:11 Oktober 2009
Masa:7 malam
Tempat:Bayt Kautsar n da gang(sori xtau nama rumah)

Insya Allah program kali ini akan dibarisi ahli-ahli panel jemputan yang hebat lagi mantap.Diharapkan semua boleh meluangkan masa pada hujung minggu ini disamping kita dapat merapatkan hubungan antara kita.

Menurut Lujnah Akademik,insya Allah makanan akan disediakan.
Setelah masing-masing ada semangat baru,azam baru,diharapkan semua dapat menepati waktu yang telah ditetapkan,kitakan mahasiswa muslim.

Akhirkalam, assalamualaikum dan salam 1Dunia.

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More