Wednesday, October 27, 2010

RTJ+AGM

Pada 15hb Oktober yang lalu telah berlangsung serentak Rumah Terbuka JUST08 dan Annual General Meeting.Tujuan sebenar program tahunan ini dilaksanakan ialah untuk semua ahli JUST08 dapat memuhasabah diri setelah 2 tahun lebih berada di bumi Jordan ni.

Walaupun dalam kesibukan pelajar-pelajar perubatan menghadapai peperiksaan 3 hari sebelumnya,alhamdulillah masih sempat bersiap untuk melaksanakan program tersebut.agmbatch

Majlis dimulakan dengan perbincangan isu-isu berbangkit.Saudara Ahmad Faiz telah ditugaskan untuk mengelolakan sesi ini.Pelbagai isu berbangkit telah dikemukakan dan bermacam-macam idea bernas dari ahli telah diutarakan untuk menyelesaikan setiap masalah berbangkit.Antara isu yang sempat dibincangkan ialah mengenai blog,akademik,dan nilai tambah(fiqh medik dan clinical skill).Isu yang paling hangat ialah tentang akademik yang dikatakan survival kita berada di Irbid ini.Boleh dikatakan suasana agak hangat ketika membincangkan persoalan “adakah persatuan membawa kesan dalam akademik?”.Resolusi terhadap isu tersebut,kita selaku rakan sebatch hendaklah support rakan yang lain.Jangan biarkan rakan kita bekerja sendirian.Bagi yang merasakan akademik ialah nombor 1,ingatlah persatuan bukan nombor 2 dan bagi mereka yang menganggap persatuan sebagai nombor 1,ingatlah akademik bukan nombor 2.Kedua-duanya perlu maju serentak.

Setelah tiba waktu asar,majlis ditangguhkan sebentar untuk memberi peluang kepada semua untuk menunaikan solah fardhu asar.Selesai sahaja solah asar,majlis diteruskan dengan ucapan penggulungan oleh pengerusi JUST08 sesi 09/10 saudara Ahmad Hidayat Hasni.Teks ucapan beliau bolehlah dibaca di blog beliau(kalau nak baca klik sini).

Majlis diteruskan dengan 2 buah persembahan.Persembahan pertama ialah nyanyian dan kedua persembahan video.Untuk persembahan nyanyian telah disampaikan oleh sebuah kumpulan yang diberi nama Kugiran Jalanan yang dianggotai oleh Hilmi,Danial,Ashraf dan Hady.Mereka menyampaikan 2 buah lagu, Ku Pohon Restu Ayah Bonda dan Laskar Pelangi.

Untuk persembahan video,video tersebut telah disunting oleh saudara Muhammad yang turut dibantu oleh Atiff.

Agenda seterusnya ialah pengumuman keputusan pilihanraya yang telahpun dilaksanakan sehari sebelum program ini berlangsung.1 kerusi dipertandingkan untuk pengerusi dan 1 juga untuk naib pengerusi.Untuk kerusi-kerusi lain 3 tempat dipertandingkan untuk syabab dan 3 untuk akhawat.Pengumuman disampaikan sendiri oleh pengerusi pelaksana pilihanraya,Abdul Hadi.Keputusannya ialah seperti berikut:

Pengerusi:Hilmi

Naib Pengerusi:Wan Syakina

Ashraf

Afnan

Fawwaz

Hidayah Subri

Hidayah Hisyam

Aida

Untuk agenda terakhir sebelum jamuan,telah diumumkan pemenang-pemenag anugerah yang mendapat undian tertinggi.Tahniah diucapkan.

Syabab

AnugerahJasa Akademik:Idris

Anugerah Rakan Mithali:Arif

Anugerah Iron Chef:Luqman

Anugerah Fotografi Dan Editing:Hariz

Anugerah Penulisan:Syamil

Akhawat

Anugerah Jasa Akademik:Zulaikha

Anugerah Rakan Mithali:Arfiezati

Anugerah Iron Chef:Norizan

Anugerah Fotografi Dan Editing:Hidayah Subri

Anugerah Penulisan:Intan

Maka selesailah majlis RTJ+AGM batch JUST08.Selepas itu,masing-masing dijemput untuk menikmati juadah hari raya yang telah disiapkan oleh ajk persegaran yang diketuai oleh Afnan dan dibantu oleh Nasuha Aziz.Banyak yang memuji kesedapan hidangan pada petang tersebut.Memang tak salah mereka jadi ajk persegaran.Terima kasih.

Dalam kesempatan ini,saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian supaya ambil cakna apa yang dibincangkan dalam program tersebut.jangan biarkan program ini berlalu begitu saja.Kayu ukur kejayaan program ini bukanlah terletak pada kelancaran program sahaja atau kesedapan hidangan sahaja.Tetapi sejauhmana setiap dari kita memanfaatkan apa yang diperoleh dalam program untuk diamalkan dalam kehidupan.Rasanya kebanyakan perkara yang dimuhasabahkan ramai yang telah tahu.Diharapkan program yang sebentar ini dapat menyegarkan kembali pengetahuan dan kefahaman kita.Insya Allah.Medan sebenar kita ialah apabila keluar dari program.Semoga yang jernih kita ambil,yang keruh kita cuba jernihkan.

Akhir kalam,jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ajk pelaksana RTJ+AGM kerana sanggup meluangkan masa untuk menguruskan program ini.Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi meminjamkan rumah.Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini terutamanya Team Memasak dan tidak lupa untuk semua yang sudi hadir ke majlis RTJ+AGM.Moga program tersebut diredhai Allah.

Wallahualam.

 

Dilaporkan oleh,

Afiq Fawwaz Bin Ahmad Saleh

Pengarah RTJ+AGM

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More