Friday, May 7, 2010

Lifeline4gaza Peringkat PERMAI

“JD10 Dari Irbid Untuk Gaza”

24pj9rb

ll4g

Link berkaitan (sila klik):

Laman web rasmi Lifeline4gaza

Pengenalan Lifeline4gaza Peringkat PERMAI

Kempen 10JD Dari Irbid Untuk Gaza

 

~Bangkitlah segera wahai pemuda,jangan terlalaikan oleh buai dunia,di sana ada negeri Islam terluka,sedarkan jiwamu untuk membela.Siapkan diri, rangkul senjata,Panjatkan doa untuk citakan surga,Pekikkan takbir sampai nafas terakhir, Kejayaan di tangan kita....~

buktikan keprihatinan kita..

 

Wakil 2nd year:

Ikhwah:

Medic - Afiq Fawwaz bin Ahmad Saleh

Dent - Wan Muhammad Zulfadhli bin Abdul Halim

Akhawat:

Medic - Nur Atiqah binti Mahassan

Dent - Nabilah binti Nazri

 

Jangan bertangguh…

segera hubungi wakil-wakil ini untuk serahkan sumbangan anda atau nantikan kehadiran wakil di lokaliti anda.…

walaupun usaha ini nampak kecil,insya Allah jika disertakan dengan keikhlasan,besar nilainya…

Sunday, May 2, 2010

Sayangi Hati Kita

 

Dunia memang terlalu menyibukkan hingga kadang-kadang kita lupa diri dan keliru dengan apa yang kita sibukkan.Seringkali kita biarkan terabai perkara-perkara yang utama dan menghabiskan sebahagian besar dari

masa kita dalam perkara-perkara yang kurang utama. Ketika inilah kita perlukan kerehatan.....kerehatan jiwa, untuk kita bangunkan semula kekuatan iman dan seterusnya berbekalkan kekuatan iman ini kita menongkah arus yang seringkali menyebabkan kita tersungkur dan hilang arah tujuan.

Inilah hakikat kehidupan kita yang sebenar.....kita akan sentiasa terdedah kepada dua tarikan:


(1)Tarikan keimanan yang menjadikan hati kita lembut dan tenang, niat kembali bersih dari kekufuran dan kemunafikan serta kepekaan terhadap tugas insani Rabbani menjadikan kita sentiasa berada dalam amal soleh dan azam kebaikan.

(2)Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futur dan kufurnya, menjadikan dunia indah pada pandangan matanya lalu jiwa menjadi keras serta penuh dengan keluh kesah lalu menjadikan kita sentiasa berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angannya dan berlengah-lengah dalam mencari manfaat diri.

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, pasti akan terus berlaku.

Firman Allah SWT: Surah Asy-Syams 7-10

“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”


Penyucian jiwa:

Wahai mahasiswa-mahasiswi harapan Islam,

Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis zikir dan tazkir, saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain serta sentiasa menghubungkan hati mereka dengan sumber kekuatan jiwa hingga jiwa mereka menjadi tenang, hati menjadi lembut serta peka dan cinta kepada kebenaran. Mereka juga sering sibuk memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran, memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan serta memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang akan membawa kepada bid'ah atau kecuaian hingga meninggalkan dan memandang ringan perintah Allah dan petunjukNya.

Mu'adz bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:

"Marilah kita duduk untuk beriman sejenak."

Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad-Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:

"Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak."

Kita bagaimana?

Lalu marilah kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. Nasihat-nasihat ini. marilah kita duduk sejenak mendengar dan merenung sedikit nasihat agar hati kita menjadi lembut semula.
Ibn Qayyim al Jauziyah telah menulis:

“Sesungguhnya Allah menjadikan hati adalah untuk ma’rifatullah, mentaati-Nya dan mencintai-Nya. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak berlaku maka hati itu sebenarnya telah cacat”.

 

Bagaimanakah keadaan hati kita? Di antara hakikat lalai yang paling membinasakan adalah lalai untuk meneliti hati sehingga hati yang segar bertukar menjadi gersang kemudian berpenyakit sehingga membawa kematian hati. Seandainya hati kita mati lantaran kelalaian kita, Ibn Qayyim mengatakan “Anda adalah seorang pembunuh!” Anda telah membunuh hati anda sendiri. Kematian hati sememangnya biasanya tidak dirasai oleh pemilik hati kecuali mereka yang masih dikehendaki kebaikan oleh Allah SWT. Kematian hati tidak memberhentikan penambahan usia. Kehidupan zahir tetap berjalan cuma hati kita telah berhenti berfungsi. Inilah kematian sebelum ajalnya.

 

Takutilah hari di mana anda kematian hati tetapi anda tidak menyedarinya. Jasad anda hanya ‘kubur’ yang menyimpan ‘hati yang telah mati itu’.
Sesungguhnya hanya hati yang bersih sahaja yang Allah akan pandang. Takutilah pada hari anda mengangkat tangan anda tetapi Allah SWT tidak mahu memandang anda lagi! Takutilah pada hari kamu memohon dan berdoa meminta kecemerlangan, kebahagiaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi tapi Allah tidak mengendahkan kamu lagi. Dan takutilah pada saat penentuan samada syurga atau neraka untukmu, tiada peluang lagi bagimu untuk membuat pilihan.
Marilah kita teliti detik masa yang berharga yang kita lalui. Marilah kita teliti keadaan hati kita. Janganlah biarkan detik yang berharga ini berlalu tanpa membawa keberuntungan kepada kita.


Konklusi:

·    Jadikan Hidupmu Yang Sementara Ini Sebagai Medan Mencari Bekalan Untuk Kehidupan Yang Kekal Abadi.
·    Hitunglah Hari-Hari Yang Kau Lalu... Semuanya Akan Ditanya Kemana Telah Kau Pergunakan.

Sunday, February 28, 2010

Carnival of Medicine and Dentistry 2010

 

Tuesday, February 23, 2010

Aktiviti Masa Cuti

بسم الله الرحمان الرحيم

(maaf jika post ini tidak kena pada waktunya dan jika tidak memenuhi kehendak dan permintaan ramai)

Alhamdulillah semester kedua pengajian perubatan dan pergigian tahun 2 telah pun seminggu bermula. Sudah pastinya semester kali ni menuntut pengorbanan yang lebih dari semester yang lalu.Tambahan pula dengan kerja-kerja persatuan dan kerja-kerja islah diri,pastinya membuatkan kita kadang-kadang mengeluh dan tak menang tangan.Tu tak campur lagi dengan koleksi-koleksi movie dalam hard disk yang belum dihabiskan dan dalam internet yang belum dimuat turun.Patut lah orang kata "kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada."

Pada cuti musim sejuk yang baru berlalu,ahli-ahli JUST 08 telah bertebaran ke merata tempat atas bumi Allah ini.Mari kita tengok kemana mereka pergi.


Bersatu sebelum berpecah.Ada yang kekal di Turki dan ada yang ke Bulgaria,Swiss,German dan juga Spain

Turki & Bulgaria

Ashraf dan Faiz depan Masjid Biru

Germany

Tuan Zul,Muhammad,Hilmi depan Olympia Stadium

Switzerland

Rozaili,Luqman,Afnan

China

Mursyeed

Austria

Hidayat,Ideris,Abdullah

Lebanon

Ibrahim

Maghribi & Mesir (nak jugak tulis)

Hashemi, dan Afiq di Oukamiden

Malaysia Yang Tercinta

Faiq

Dubai

Azri, Riduan

Tak lupa juga lawatan rasmi ayahanda dan bonda saudara Hariz Hazwan ke Jordan,syria dan Turki


Semoga tenaga dan duit yang dilaburkan untuk percutian yang lalu tidak sia-sia dan diredhai Allah.Amin...

Diharapkan juga sekembalinya kita dari jaulah yang insya Allah tarbawi mampu menyegarkan kembali semangat dan azam kita untuk menempuh semester 2 ini.Bagi yang kurang bernasib baik pada semester 1,muhasabah balik diri.apa yang masih kurang dan apa yang lebih.Yang kurang, tingkatkan dan apa yang banyak, kurangkan.Seimbangkan gaya hidup kita.


...Moga allah beri kita kekuatan...

(harap tak kecil hati jika gambar korang tiada dalam post kali ni. Gambar ni saja yang mampu saya peroleh.Untuk aktiviti mahasiswi JUST 08,maaf tiada.Ini untuk jaga kemaslahatan bersama.Kalau nak juga mungkin lepas ni)

Thursday, December 31, 2009

Tentang Kita

Irbid, Jordan... 2010...

Di suatu pagi nan indah. Terlihat seorang jejaka tampan lagi segak berjalan sambil menekan-nekan punat henfonnya. Mahu berhubung dengan seseorang.

"Isy, apsal pulak minah ni? tak pernah nak angkat aku call. Urgent gila ni." Dia menggumam sambil menyepak tin pepsi kosong yang sememangnya biasa diletakkan di tepi jalan.

Izzudin(bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun 2 bidang perubatan di JUST. Sebagai seorang mahasiswa yang rajin dan berdedikasi, dia sering dipilih untuk menjadi AJK bagi apa-apa program. Tak kira anjuran PERMAI mahupun BKAN. Kali ini dia ditugaskan sebagai pengarah bagi program Talkshow.

"Nombor telefon pun aku curi dari database PERMAI, pembantu apa ntah?" Dia mengutuk Ta'yah(bukan nama sebenar) dalam hati. Puas dia meminta nombor telefon Ta'yah untuk memudahkan perhubungan namun gadis itu menolak. Lebih senang berhubung melalui ym katanya. Sememangnya segala urusan dilakukan melalui ym, itupun dengan begitu ringkas.

Ta'yah, gadis low profile yang penyenyap. Dia merupakan seorang yang ringan tulang dalam kalangan akhawat PERMAI lantas menyebabkan ramai senang dengan kehadirannya. Dua minggu lepas dia dilantik menjadi timbalan pengarah Talkshow oleh pimpinan PERMAI. Puas ditolak namun dia sendiri serba salah kerana ramai yang bercuti ataupun sibuk dengan tugasan lain, ada pula yang berhadapan dengan peperiksaan mingguan yang sememangnya biasa di Jordan. tambahan pula, ketua HELWI meyakinkan bahawa dia benar-benar layak untuk tugasan itu.

"Heh, mana pulak mamat ni dapat no telefon aku? Macam mana ni?"

Ta'yah serba salah, dia sebolehnya tak mahu berhubung dengan lelaki ajnabi sewenang-wenangnya. Dia berpegang bahawa ikhtilat itu haram secara total. Tiada kompromi.

Dia juga fobia dengan hal yang berlaku beberapa hari sebelum itu. Ketika dia dan Izzudin berym.

Beberapa hari lepas~

.....
Ta'yah : ada apa2 lagi ke?
Izzudin : takde dah kot.
Ta'yah : ok la. kalau mcm tu ana nak keluar dulu. salam'alaik
Izzudin : eh2. jap. izu nak tnye satu soklam
Ta'yah : ye? harapnya bukan yang melalaikan.
Izzudin : yah pernah bercinta tak?

Berderau darah Ta'yah membaca 'soklam' Izzudin itu. Segera dia menutup laptopnya.

Sementara itu, Izzudin tersandar di kerusi sambil menggaru kepala yang gatal.

"Huh, silap langkah pulak"

Kembali~

Ta'yah menaip sesuatu pada henfonnya. Punat send ditekan. Dia tersenyum senang.

neet... neet... (lagu pencinta wanita : Irwansyah)

Bunyi mesej masuk mengejutkan Izzudin yang sedang runsing memikirkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapinya ketika itu.

Enta balik on ym

"KEPALA HOTAK KO!!!" Jerit Izzudin sambil memijak tin pepsi yang tersedia di tepi jalan. Terpercik, habis terkena seluar dari butik Zara yang dipakainya.

Ah, ada lagi rupanya. Diorang ni selalu minum Pepsi tak habis.


~~~


~~TENTANG KITA~~


Pernahkah anda berhadapan dengan situasi seperti di atas?

Bingung kenapa spesis berlainan jantina berfikiran lain daripada kita?

Seringkali tak selesa berurusan dengan 'dia'?

Keliru dengan yang namanya 'Cinta'?




Pelaksana Tentang Kita dengan penuh takzim Mempersembahkan...


"Di Mana Nilai Cintaku"

Abang Amir & Kak Zayyani

7/1/2010
(Khamis)

Bayt Mus'ab Bin Umair
(Rumah Kak Nadhirah Sahri)

Batch 08
(JUST Dan Yarmouk)

6.30pm - 9.00 pm





Tentatif :


6.30 : Berkumpul

7.00 : "Di Mana Nilai Cintaku"

8.45 : Sesi Perkongsian

9.00 : Bersurai


~Makan malam disediakan oleh chef terkemuka JUST08... ^_^

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More