Tuesday, August 18, 2009

Keputusan Undian Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif JUST08

السلام عليكم و رحمة الله

Alhamdulillah dengan izin Allah,pada 13 hb Ogos yang lepas bersempena dengan program Muhibbah 09 telah berlangsung perlantikan  organisasi baru JUST 08 sesi 09/10.Sehari sebelum itu telah berlangsung sesi pengundian untuk majlis tertinggi.Terima kasih diucapkan kepada saudara Dziyar dan saudari Fatin Akmal kerana berjaya menguruskan proses pilihanraya dengan jayanya.Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat kerana beri kerjasama yang baik sepanjang proses pelantikan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif.

Kepada yang telah terlantik,jalankan lah masuliyah yang telah diberi dengan penuh rasa amanah bukan penuh kebanggaan.Bawalah kami kearah keredhaan Allah.Kepada yang melantik pula,berilah kerjasama kepada pimpinan yang telah kalian lantik.

Suka saya untuk berkongsi sedikit kisah pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab.Pada suatu hari beliau telah memanggil seorang sahabat kerana ingin memberikan beliau satu tugasan (tak ingat tugas apa).Tetapi sahabat tersebut menolak.Tahu tak apa yang khalifah cakap,Khalifah Umar berkata “kau telah lantik aku dan sekarang kau ingin tinggalkan aku pula…”  Fikir-fikirkanlah.

Berikut ialah keputusan undian:

Presiden:                           Ahmad Hidayat Hasni       15 undi

MT Syabab:                      Ahmad Muhammad Syamil      41 undi

                                              Muhammad Afnan Hamimi      28 undi

                                              Abdullah      27 undi

                                              Ahmad Hidayat Hasni      26 undi

Timbalan Presiden:      Nuha Iffah      14 undi

MT Akhawat:                   Rahmah       21 undi

                                              Nur Nasuha       21 undi

                                              Nor Arfiezzati      23 undi

                                              Nuha Iffah      22 undi

Majlis Eksekutif  :

           Lujnah Perhubungan Dan Kerohanian

           Afiq Fawwaz Bin Ahmad Saleh

           Nor Intan Suriani Binti Jusoh

           Lujnah Kebajikan dan Aktiviti Luar

           Muhammad Danial Bin Md Umar

           Kauthar Binti Ruslan

           Lujnah Akademik

          Muhammad Hashemi Dahalan Bin Md Razip

          Siti Zulaikha Binti Hairudin

Kepada warga JUST 08 yang pilihan hatinya tidak terpilih,jangan kecewa,Insya Allah presiden Ahmad Hidayat Hasni seorang yang berkaliber,seorang yang mungkin bertubuh kecil tapi berjiwa besar.InsyaAllah portfolio Majlis Tertinggi akan diumumkan dalam masa terdekat.Jika terdapat sebarang kesilapan ejaan atau jawatan  diatas harap dimaafkan dan sebarang  komen amat dialu-alukan.

Sekian.

اللهم بلغنا رمضان

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More