Friday, September 4, 2009

Agenda dan fokus JUST08 untuk sesi 2009/10

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia, dan sejahteralah ke atas hati-hati yang tenteram.

Selamat bercuti kepada semua warga JUST08.

Setelah bermesyuarat pada 25/8/09, kami ahli jawatankuasa JUST08 telah bersepakat untuk mengetengahkan agenda JUST08 bagi sesi 2009/10 untuk sama-sama kita dukung dan realisasikan.

Percayalah, bahawasanya tonggak agenda ini adalah pegangan yang kukuh terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.

Selari dengan konsep umat Islam sebagai umat terbaik, maka dengan rasminya agenda JUST08 bagi sesi 2009/10 ialah

MAHASISWA KELAS PERTAMA

Dengan izin Allah, dalam menjayakan agenda ini, beberapa perkara perlu menjadi fokus, iaitu :

1) Ilmu, yang terbahagi kepada akademik dan bukan akademik.

2) Kerohanian, yang menjadi penjana dalam pelaksanaan.

3) Bermasyarakat, yang menjadikan ukhuwwah manis pada memberi.

4) Nilai tambah, yang menjadikan mahasiswa sebagai agen agama yang berkebolehan.

Oleh itu, sama-samalah kita menjadi penggerak kepada pembentukan Mahasiswa Kelas Pertama, bermula dengan diri anda.

Yang akan dipersoal,

...............................
(Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa)
Pengerusi JUST08.

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More