Saturday, September 19, 2009

Jangan Biarkan Ia Cedera

Salam 3laikum warahmatullah

Kif halak??
Kif sihhatak??
Kif imanukum??
Arju kullukum kuwaiyis...

Kini kita sudah menghampiri pengakhiran Ramadhan yang mana satu bulan yang kehadirannya dinanti-nantikan oleh umat Islam yang benar-benar berIman dan pemergiannya ditangisi kerana akan pergi bersamanya pelbagai kebaikan.Kini sudah tiba graduation day.Sijil dari madrasah ramadhan ini akan digunakan untuk bekerja pada sebelas bulan yang akan datang.

Bagaimana dengan ramadhan yang telah kita lalui??
Adakah tujuan untuk meningkatkan Taqwa tercapai atau tidak.Kesannya kita boleh lihat selepas Ramadhan ini berlalu.Adakah solat kita semakin khusyu',adakah hati kita makin sensitif dengan dosa dan pelbagai kayu ukur lagi.Adakah kita ini graduan yang berkualiti atau sebaliknya.Tepuk dada tanya Iman dan jawablah dengan amal.

Mungkin kita berjaya memperoleh 1st class degree dalam madrasah ramadhan ini.Namun tak semestinya ia lebih baik dari yang memperoleh 2nd class degree.Ramadhan hanyalah stesyen tahunan yang perlu kita lalui bukannya satu matlamat.Seperti juga ibadah solah yang merupakan stesyen harian dan ibadah haji yang merupakan stesyen seumur hidup.

Sebagaimana orang masuk universiti untuk peroleh sijil.Adakah dengan sijil itu boleh cari makan tanpa bekerja??Mereka perlu bekerja untuk sara hidup.Begitulah dengan Ramadhan.Itulah yang saya maksudkan 1st class degree dalam madrasah ramadhan tidak bermakna ia lebih baik dari 2nd class degree.Yang penting ialah bagaimana kita menggunakan sijil taqwa itu dalam kehidupan harian.Ada saja yang cemerlang dalam sijil tetapi kandas dalam pekerjaan.Sudah pastilah mereka yang cemerlang keduanya lebih baik.

Sistem hidup kini sememangnya menjauhkan diri kita Allah.Cukuplah raya yang akan menanti ini,pelbagai aktiviti maksiat telah tersusun elok jadualnya.Saya rasa kita semua sudah mampu berfikir yang mana buruk yang mana baik.Tetapi jahiliyah memang menyukarkan kita,kaca dikatakan permata dan kadang-kadang kita tertipu jua.Habis sebulan tarbiyah ramadhan dicemari dengan sambutan raya yang tersasar jauh dari yang digariskan Al-Quran dan As-Sunnah.Penat kita mentarbiyah diri kita selama sebulan hanya dirosakkan beberapa hari selepas Ramadhan.

Cuba kita bayangkan kita mempunyai wang yang banyak dalam poket kita,adakah kita akan menjaganya dengan baik atau biarkan saja ia dicuri.Mungkin kita akan cakap tidak mengapa,nanti boleh dapat balik duit tu.Permasalahannya pasti ke boleh dapat balik??

Begitulah dengan hati kita selepas Ramadhan.Hati yang yang bersih suci kita perlu awasinya dari sebarang kekotoran dan kecederaan.Kita tak tentu masih berpeluang pada tahun hadapan.Jangan biarkan syawal yang kian tiba terus menjahanamkan puasa kita selama sebulan.Hati kita mudah berubah-ubah.Banyakkan juga berdoa supaya Allah bantu kita pelihara Iman kita.


Bersempena Syawal yang menjelma,saya ingin mohon kemaafan dari semua dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran.
~~Kullu 3am wa antum bikhair~~

1 Respon:

Siti Umairah said...

"Banyakkan juga berdoa supaya Allah bantu kita pelihara Iman kita."
-istiqamah,perlukan pengorbanan~
-susah ke?
*pertanyaan kpd diri sndiri.
shukran bg peringatan.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More