Wednesday, October 28, 2009

Perjumpaan Ramah Mesra

IRBID : Alhamdulillah pada 28/10/2009 bersamaan hari lahir adik bongsu kita, mahasiswa JUST 08 telah berjaya mengadakan satu perjumpaan atau liqo’ bersama dalam rangka duduk sebentar untuk mengingatkan kembali tujuan kita atau matlamat kita disini.Sesungguhnya manusia itu cepat lupa,jadi program sebegini dapat memperingatkan balik sesama kita seterusnya menguatkan lagi tali ukhwah kita insya Allah.

Foto0137Program yang diadakan di rumah saudara Hashemi,Faiq dan Mursyid dimulakan dengan solah Maghrib yang di Imamkan oleh imam utama kita iaitu Saudara Arif Hakimi.Kemudian majlis diteruskan dengan sedikit penyampaian dari Presiden iaitu saudara Hidayat Hasni.Beliau memulakan kata-kata dengan mengingatkan tentang pesan Nabi saw ketika baginda mula-mula tiba di Madinah.Antara pesanan yang terkandung dalam hadis itu ialah:

1.sebarkanlah salam

2.beri makan

3.hubungkan silaturrahim

4.mengerjakan solah ketika manusia lain tidur

Jadi perjumpaan kali ni hampir merangkumi kesemua pesanan ini.Beliau juga telah membacakan sepotong ayat Quran dari surah Ali Imran ayat 110 yang membawa maksud “kamu ialah umat terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia.kamu menyuruh kepada ma3ruf dan mencegah munkar dan kamu berIman kepada Allah”.Apabila kita menyedari bahawasanya kita umat terbaik,maka kita akan ada matlamat untuk mencapainya.  Foto0139Foto0138

Seterusnya penerangan mengenai agenda pada tahun ini.Pertamanya berkaitan dengan kerohanian.Beliau menyeru semua mahasiswa supaya melaksanakan tuntutan belajar kerana Allah dan juga hargailah pemberi hadiah bukan hadiah semata-mata.Seterusnya mengenai agenda bermasyarakat yang membawa maksud penglibatan kita dalam program yang diadakan tidak kira oleh siapa.Berkaitan dengan agenda akademik dan nilai tambah,insya Allah dalam masa yang mendatang,beberapa program akan diatur untuk mencapai agenda ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari saudara Mursyid.Beliau telah berkata “ana nak peringatkan kepada budak-budak JPA yang JPA dah tak senang-senang meneruskan tajaan kepada mereka yang tersangkut.JPA bukan macam dulu lagi.Jadi kesimpulannya belajarlah betul-betul”.Begitulah sedikit peringatan penting dari Mursyid.

Kemudian bangun pula abang bendahari kita saudara Afnan.Beliau membangkitkan sedikit isu tentang duit batch.Selesai saja saudara Afnan bangkitkan isu,bersuara pula mantan bendahari kita saudara Arif Hakimi.Beliau telah memberikan penerangan dan pencerahan tentang perjalan program batch pada sesi yang lalu walaupun tak pernah kutip duit yuran.

Program diakhiri dengan sedikit jamuan dan pengedaran beberapa nota.Dengan itu maka berakhirlah program ringkas kali ini.Semoga Allah menerima amalan kita sebagai amal soleh dan jutaan terima kasih diucapkan kepada individu yang berusaha untuk menjayakan program ini.Jutaan terima kasih juga kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke perjumpaan ini.

Foto0146Foto0148Foto0145 

Sekian.

Dilaporkan oleh Afiq Fawwaz Ahmad Saleh.

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More