Sunday, May 24, 2009

Dari Medan Pertempuran

STALKER vs SIKAH

STALKER
mursyid
hadi 
fawwaz
rozaili
hashemi
faiq
faiz
ideris
abdullah
dziya


SIKAH
jaq
arif
atif
zulfadhli
fadzli
danial
luqman
muhammad
syamil
hilmi
tuan


Tarikh : 24 Mei 2009

Tempat : Mountain Breeze Country Club
 
Laporan penuh :

1330
turus angkatan tentera sikah melalui maklumat perisikan mengesan aktiviti kurang sihat di bahagian utara Amman. 11 tentera elit yang diketuai oleh leftenan jaq telah dikerahkan dengan tujuan mengatasi masalah itu.

1335
setelah beberapa siri pengintipan dibuat, didapati sekumpulan 10 tentera yang dinamakan kumpulan stalker telah membina pengkalan dan merancang untuk melancarkan serangan mengejut ke atas angkatan tentera sikah.

1338
menyedari tahap ancaman kumpulan stalker. penasihat leftenan jaq, sarjan arif telah menasihatkan agar tindakan susulan segera diambil. setelah mesyuarat lapangan dijalankan, keputusan dicapai. peperangan tidak dapat dielakkan lagi.

1340
semboyan perang berbunyi. kumpulan sikah bergerak secara taktikal ke arah markas stalker.

1342
kumpulan stalker sedang sibuk bermesyuarat akhir sebelum melancarkan serangan mengejut ke atas kumpulan sikah. satu tembakan hampir-hampir mengenai leftenan mursyid jika tidak kerana tiupan angin kencang secara tiba-tiba mensasarkan peluru tersebut. kumpulan stalker segera bertindak balas dengan serangan mengejut itu.

1352
stalker menumpukan kekuatan ketumbukan tenteranya di bahagian barat medan dengan harapan dapat memecahbelahkan pertahanan sikah. sarjan faiz, koperal dziya dan kapten rozaili yang ditugaskan menembusi pertahanan barat berjaya maju 50 meter ke kubu sikah. melihatkan ketegangan medan pertempuran barat. kapten syamil, staf sarjan hilmi dan staf sarjan tuan melancarkan serangan mengejut. koperal dziya ditembak sebanyak 3 kali, sarjan faiz berjaya ditumpaskan ketika sedang mencari perlindungan dan kapten rozaili diserang hendap ketika sedang menghendap.

1357
dengan gugurnya 3 tentera stalker, sikah berhasil menguasai bahagian barat medan pertempuran dan menyusun kemaraan dari arah belakang. gempuran oleh leftenan jaq, kapten syamil, sarjan hilmi dan lans koperal zulfadhli berhasil mengepung markas stalker dari arah belakang. leftenan mursyid, prebet hadi dan staf sarjan fawwaz yang ketika itu berada di kubu stalker bertungkus lumus menangkis kemaraan sikah.

1402
sikah semakin hampir. tangkisan stalker semakin hebat. kedua-dua pihak berusaha keras. timur medan pertempuran menyaksikan sarjan arif, prebet atif, koperal danial dan lans koperal muhammad menghadapi tentangan sengit dari mejar faiq, lans koperal ideris, sarjan abdullah dan prebet hashemi. sikah di bahagian timur berundur sedikit demi sedikit oleh kerana serangan nekad stalker. kemaraan stalker terhenti apabila seorang demi seorang tentera mereka ditewaskan oleh penembak tepat sikah, mejar luqman.

1415
ketika sikah hampir menguasai keseluruhan medan pertempuran. satu panggilan kecemasan diterima. mengarahkan agar gencatan senjata dijalankan bagi memberi laluan kepada diplomasi dalam menyelesaikan isu persengketaan antara sikah dan stalker.

1433
pelan diplomasi yang dirancang gagal. gencatan senjata dengan sendirinya terbatal menandakan perang bermula semula. kedua belah pihak telah bersedia dengan strategi dan bekalan baru persenjataan.

1440
pertempuran kali ini menyaksikan sarjan faiz maju dengan pantas ke tengah-tengah medan dengan dibantu tembakan oleh mejar faiq, prebet hashemi dan prebet hadi. kapten syamil dan lans koperal zulfadhli yang ketika itu hanya berdua mempertahankan bahagian barat dan tengah menghadapi serangan hebat. kapten syamil sedang membidik di sebalik kubu ketika satu tembakan entah dari mana tepat mengenai trapezius beliau lalu mengakibatkan kecederaan serius. melihatkan kegawatan bahagian barat, mejar luqman, staf sarjan tuan dan sarjan arif dikerahkan bagi membantu pertahanan bahagian tersebut. mereka berhasil menangkis serangan stalker hingga ke saat akhir pertempuran.

1454
jam ini menyaksikan kemaraan mantap dan teratur sikah, bahagian timur dan tengah berjaya dikuasai keseluruhannya selepas menyaksikan aksi nekad prebet atif dan staf sarjan hilmi yang bertempur satu lawan satu dengan kapten rozaili dan staf sarjan fawwaz.

1508
sarjan faiz bergerak pantas ke arah kapten syamil yang berada hanya lebih kurang 25 meter dari kubu stalker. sarjan fadzli yang ketika itu sedang berlindung tidak jauh dari kapten syamil pantas memetik picu ke arah sarjan faiz. tembakan tepat ke bahagian abdomen menyebabkan sarjan faiz tersungkur sebelum sempat melepaskan tembakan.

1518
bahagian timur berjaya dikuasai sepenuhnya oleh sikah manakala bahagian barat dipertahankan dengan gagah oleh skuad yang diketuai sarjan arif. stalker menumpukan kekuatannya ke kubu pertahanan dan sikah semakin menghampiri. beberapa tentera sikah terkorban dalam kemaraan itu.

1525
leftenan jaq telah menyusun strategi untuk menamatkan pertempuran dengan segera kerana masa semakin suntuk. setelah memberikan isyarat, leftenan jaq maju secara taktikal dengan diiringi tembakan oleh tentera sikah yang berada di barisan hadapan. tembakan bertalu-talu itu menyebabkan stalker sedikit kelam kabut hingga tidak menyedari pergerakan leftenan jaq.

1532
leftenan jaq berjaya menawan bendera stalker lantas menamatkan pertempuran selama lebih 1 jam. kemenangan memihak kepada sikah.


paintball



saat diplomasi masih lagi alternatif utama



mesyuarat strategi sikah



saat-saat akhir kedamaian masih ada



medan pertempuran



hilang sudah damai. peperangan hampir bermula.



gencatan senjata



rozaili sedang mencari ketenangan sebelum berperang



faiz yang gembira melihat pokok berbunga



wajah-wajah gembira dapat bermain paintball



sedikit pose maut dari bayt ruhul jadid

1 Respon:

Anonymous said...

faiz bajet jambu di situ

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More