Monday, July 27, 2009

Fiqh Perubatan

Pemindahan organ, derma darah dan pembedahan plastik.


Ini hanyalah sebahagian daripada beratus-ratus lagi prosedur dalam bidang perubatan yang timbul akibat pemodenan dan kemajuan dunia masa kini. sedar atau tidak pemodenan yang berlaku hanya melibatkan hal-hal keduniaan tanpa selari dengan pertambahan ilmu dalam bidang keagamaan.

Islam selaku agama yang syumul yakni meliputi seluruh aspek kehidupan. bermula dari saat terbit matahari hingga hilang rembulan di pagi hari ada syariat yang telah ditetapkan oleh ALLAH. tidak ada satupun yang terlepas dari pandanganNYA.

Bidang perubatan tidak pernah terpisah dari aspek keagamaan. namun penyatuan ini kabur disebabkan kurangnya penekanan dan kesedaran tentang pentingnya kebersamaan antara dua aspek ini. aspek perubatan bagi merawat fizikal luaran dan aspek keagamaan bagi merawat rohani dalaman.

Jadi, tidak ada gunanya kesedaran tanpa disusuli dengan tindakan. sebagai manifestasi kesedaran kita tentang isu ini. Biro Perhubungan dan Penerangan JUST08 dengan kerjasama barisan Majlis Tertinggi membawakan kepada anda pelajar-pelajar JUST batch08, program...


.::Fiqh Perubatan JUST08::.



Program ini dirangka untuk mengumpul sebanyak mungkin permasalahan fiqh yang berkaitan perubatan yang telah dibahaskan oleh ilmuan-ilmuan terdahulu mahupun masakini. Dengan mensasarkan kepada batch kita iaitu batch08, program ini bertujuan melahirkan doktor-doktor yang bersedia menghadapi cabaran pemodenan dalam bidang perubatan tanpa meminggirkan aspek keagamaan.

Insya'ALLAH segala maklumat yang berjaya dikumpul akan dikongsi bersama dengan ahli PERMAI dalam program-program yang akan dirangka pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun fail ini : Fiqh Perubatan JUST08.doc

Sebarang persoalan dan urusan pendaftaran bolehlah diajukan kepada saudara syamil(syabab) dan saudari kauthar(akhawat).



"Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.” (Ali-imran:191)


p/s: ni la sambungan post nantikan... ^_^

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More