Wednesday, July 1, 2009

Istimewa Dari Akademi Tahfiz Az-Zikr...

Alhamdulillah untuk kesekian kalinya,pihak Akademi Tahfiz Az- Zikr sekali lagi berpeluang untuk menganjurkan program Bengkel Sukseskan Tajwid (BEST 09) Siri 2. Bermatlamatkan pemahaman, dan pengaplikasian tajwid dalam pembacaan al-Quran, kami amat2 mengharapkan sokongan daripada sahabat sekalian. Justeru itu,bersempena dengan BEST 09, kami juga menganjurkan Majlis Khatam al-Quran dan Perasmian Penutup BEST 2009 untuk peserta-peserta tahfiz yang telah berjaya menamatkan tilawah 30 juz al-Quran mereka.

Oleh itu,pihak Akademi dengan berbesar hati dan penuh rasa syukur,ingin menjemput sahabat sahabiyah batch JUST08 untuk sama2 hadir (seluruh warga batch tahun satu syabab n akhwat) untuk memeriahkan lagi Majlis Khatam tersebut. Butiran Majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 4 Julai 2009 (Hari Sabtu)
Masa : 7.45 pm – 10.00 mlm
Tempat : Bayt Muhsinin (Rumah K. Mariah)

Tentatif : 7.45 pm : Kehadiran Tetamu
                      8.00 pm : Kehadiran Tetamu Khas
                      8.10 pm : Ucapan MC
                      8.15 pm : Ucapan Wakil Akademi
                      8.20 pm : Ucapan Perasmian Penutup BEST 2009
                      8.35 pm : Tayangan Slide Show
                      8.40 pm : Khatam al-Quran
                      9.20 pm : Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
                      9.40 pm : Jamuan Ringan
                    10.00 pm : Bersura
i

Kehadiran semua ahli batch JUST08 sangatlah diharapkan.

Selain itu,untuk julung-julung kalinya,pihak Akademi dengan kerjasama JKK Pembangunan Rohani PERMAI akan menganjurkan Program Mari Betulkan Bacaan al-Quran yang akan diadakan secara umum untuk tatapan dan pengisian seluruh Warga PERMAI tercinta. Program ini yang bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan al-Quran terutamanya Surah al-Fatihah,adalah salah satu program amal dan wasilah dakwah Akademi. Berikut adalah butiran Program:

Penceramah : Dr. Amir B. Razak (JUST, Tahun Empat)
Tarikh : 3 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 7.50 – 10.40 malam
Tempat : Dewan Abu Ain
Sasaran : Seluruh warga PERMAI khususnya pelajar Tahun Satu JUST dan Yarmouk


5 kali solat sehari. 7 hari dalam seminggu. 35 kali solat fardhu. adakah solat kita diterima? mungkinkah ditolak hanya kerana bacaan al-fatihah yang salah? berbelas-belas tahun kita solat tanpa sedar bacaan al-fatihah kita salah.

Doktor Amir merupakan antara senior yang memiliki bacaan al-quran yang cukup mantap. berbekalkan ilmu dari Malaysia yang dimantapkan lagi dengan talaqi sejak tahun 1 di sini, beliau bukanlah calang-calang orang. layak sekali untuk membicarakan tentang surah al-fatihah. moga perkongsian beliau ada manfaatnya untuk kita.

MARI BERAMAI-RAMAI KITA BAIKI BACAAN AL-QURAN KITA. DAH JADI DOKTOR NANTI, SIBUK SANGAT LA PULAK. INILAH MASANYA!!!

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More