Wednesday, March 25, 2009

Buletin Kita! berwajah baru

IRBID, 25 Mac 2009-Buletin Kita! kini berwajah baru, walaupun hanya selepas sehari dilancarkan. Walau bagaimanapun, perubahan ini berkemungkinan akan berterusan lagi dalam tempoh beberapa hari. "Kami sedang melakukan tempoh percubaan," begitu menurut Ketua Biro Penerangan dan Perhubungan, saudara Ahmad Muhammad Syamil. Beliau yang menyiapkan blog ini dalam masa dua jam turut memberitahu bahawa beliau berkemungkinan bukan moderator yang kekal untuk blog ini.-...

Biro Akademik mengorak langkah

IRBID, 25 Mac 2009-Musim peperiksaan yang menjelang semakin menjadi cabaran kepada para pelajar tahun satu. Walau bagaimanapun, cabaran ini dapat diringankan lagi dengan beberapa langkah yang telah diambil oleh Biro Akademik di bawah kendalian saudara Muhammad Hashemi Dahalan. Antara langkah terbaru yang dilaksanakan ialah penubuhan kumpulan belajar untuk subjek Organic Chemistry. Program yang dinamakan 'Grup Sukses OC' itu bertepatan dengan matlamat akademik iaitu pencapaian muaddal sekurang-kurangnya 85% pada semester kali ini. Program ini akan diadakan pada 26 dan 28 Mac ini. "Ahli-ahli akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dalam kumpulan masing-masing, kita akan bincang soalan-soalan tahun lepas," memetik saudara Asyraf, ahli jawatankuasa biro. Segala maklumat lanjut boleh...

Monday, March 23, 2009

Peperiksaan pertama fasal kedua

Jordan University of Science and Technology(JUST), 22 Mac 2009- Peperiksaan pertama bagi para pelajar perubatan iaitu peperiksaan subjek fisiologi dan peperiksaan subjek Visual Basic bagi para pelajar pergigian untuk fasal kedua ini telah berjaya dijalankan di JUST. Peperiksaan fisiologi yang berlangsung selama 39 minit itu bermula pada pukul 10 pagi dan dijalankan di pelbagai makmal komputer. Alhamdulillah kerana peperiksaan berjalan dengan lancar. Pihak persatuan mengucapkan tahniah kepada mereka yang dikurniakan markah yang tinggi dalam peperiksaan kali ini. Dalam peperiksaan fisiologi, Muhammad Fadzli bin Mokhtar dan juga Muhammad Arif Hakimi bin Mohd Noor telah mendapat markah tertinggi di pihak lelaki iaitu 28/30. Semoga ahli-ahli dapat berusaha bersungguh-sungguh lagi untuk peperiksaan...

Monday, March 16, 2009

Jawatankuasa Pengurusan Zakat ditubuhkan.

IRBID, 16 Mac 2009-Berkesinambungan daripada program penerangan zakat yang telah dijalankan oleh Majlis Mahasiswa Yarmuk tempoh hari, persatuan telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Zakat. Selaras dengan tangungjawab seorang muslim, jawatankuasa ini akan memainkan peranan dalam pengurusan zakat para ahli. Jawatankuasa ini ditubuhkan berlandaskan beberapa objektif iaitu: 1. penerangan terhadap kewajipan zakat. 2. pengutipan zakat daripada ahli. 3. pihak tengah kepada PERMAI. 4. berurusan dengsn orang yang faqih. 5. menyediakan mekanisma untuk pembayaran. Persatuan juga telah melantik ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan ahli sendiri. Mereka ialah Nik Muhammad Aizat bin Adros, Afiq Fawwaz bin Salleh, Muhammad Luqman bin Zulkepli dan juga Rozaili Aswan...

Sekitar mesyuarat semester ini.

IRBID, 15 Mac 2009- Berikut merupakan intipati mesyuarat yang telah dipersetujui semalam:1) Penerangan tentang matlamat tahunan iaitu penekanan terhadap peningkatan akademik, istiqamah amalan dan pengukuhan akhlak. Motto tahun ini ialah ‘Kita Gempak!’2) Penerangan tentang matlamat semester ini yang terbahagi kepada aspek akademik, sosial, ekonomi dan juga kerohanian.3) Pemantauan biro-biro oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Ketua : Biro Kerohanian dan Biro Sukan dan Riadah Penolong Ketua: Biro Penerangan dan Perhubungan Setiausaha : Biro Keselamatan dan Kebajikan Bendahari : Biro Akademik dan Biro Tugas-tugas Khas4) Pembentangan Biro-biro: Biro Akademik : -Matlamat muaddal semester sekurang-kurangnya 85%. -Kempen ponteng sifar. -Kumpulan subjek. Biro Tugas-tugas Khas : -Menambah bilangan ahli...

Mesyuarat kumpulan pelajar JUST selesai.

IRBID, 15 Mac 2009- Mesyuarat kumpulan pelajar tahun pertama Jordan University of Science and Technology (JUST) baru sahaja selesai semalam. Bertempat di Bait Ruhul Jadid, bermula kira-kira pukul 4.20 petang, mesyuarat yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit itu mengupas tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan persatuan pelajar tersebut. Mesyuarat itu juga telah menyentuh beberapa isu yang penting berkaitan dengan kerohanian, akademik, sosial dan juga ekonomi. Mesyuarat ini juga telah memutuskan beberapa perkara berkaitan matlamat sesi ini (2008-2009) serta matlamat semester ini. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan perancangan aktiviti oleh ketua-ketua biro yang dimulakan dengan ketua biro akademik iaitu Muhammad Hashemi Dahalan bin Mad Razip. Walau bagaimanapun, beberapa ketua...

Buletin Kita! dilancarkan.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99;...

Pages 131234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More