Monday, March 23, 2009

Peperiksaan pertama fasal kedua

Jordan University of Science and Technology(JUST), 22 Mac 2009- Peperiksaan pertama bagi para pelajar perubatan iaitu peperiksaan subjek fisiologi dan peperiksaan subjek Visual Basic bagi para pelajar pergigian untuk fasal kedua ini telah berjaya dijalankan di JUST. Peperiksaan fisiologi yang berlangsung selama 39 minit itu bermula pada pukul 10 pagi dan dijalankan di pelbagai makmal komputer.
Alhamdulillah kerana peperiksaan berjalan dengan lancar. Pihak persatuan mengucapkan tahniah kepada mereka yang dikurniakan markah yang tinggi dalam peperiksaan kali ini. Dalam peperiksaan fisiologi, Muhammad Fadzli bin Mokhtar dan juga Muhammad Arif Hakimi bin Mohd Noor telah mendapat markah tertinggi di pihak lelaki iaitu 28/30.
Semoga ahli-ahli dapat berusaha bersungguh-sungguh lagi untuk peperiksaan akan datang.

-BK-

2 Respon:

أفيق فواز بن أحمد صالح said...

tahniah kpd scorer

Mujahid Islam said...

Tapi jangan lupa kat yang kurang berjaya, tak pa, nanti usaha lagi.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More