Monday, March 16, 2009

Jawatankuasa Pengurusan Zakat ditubuhkan.

IRBID, 16 Mac 2009-Berkesinambungan daripada program penerangan zakat yang telah dijalankan oleh Majlis Mahasiswa Yarmuk tempoh hari, persatuan telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Zakat.
Selaras dengan tangungjawab seorang muslim, jawatankuasa ini akan memainkan peranan dalam pengurusan zakat para ahli. Jawatankuasa ini ditubuhkan berlandaskan beberapa objektif iaitu:
1. penerangan terhadap kewajipan zakat.
2. pengutipan zakat daripada ahli.
3. pihak tengah kepada PERMAI.
4. berurusan dengsn orang yang faqih.
5. menyediakan mekanisma untuk pembayaran.

Persatuan juga telah melantik ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan ahli sendiri. Mereka ialah Nik Muhammad Aizat bin Adros, Afiq Fawwaz bin Salleh, Muhammad Luqman bin Zulkepli dan juga Rozaili Aswan bin Che Sub.

-BK-

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More