Monday, March 16, 2009

Mesyuarat kumpulan pelajar JUST selesai.

IRBID, 15 Mac 2009- Mesyuarat kumpulan pelajar tahun pertama Jordan University of Science and Technology (JUST) baru sahaja selesai semalam. Bertempat di Bait Ruhul Jadid, bermula kira-kira pukul 4.20 petang, mesyuarat yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit itu mengupas tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan persatuan pelajar tersebut.
Mesyuarat itu juga telah menyentuh beberapa isu yang penting berkaitan dengan kerohanian, akademik, sosial dan juga ekonomi. Mesyuarat ini juga telah memutuskan beberapa perkara berkaitan matlamat sesi ini (2008-2009) serta matlamat semester ini.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan perancangan aktiviti oleh ketua-ketua biro yang dimulakan dengan ketua biro akademik iaitu Muhammad Hashemi Dahalan bin Mad Razip. Walau bagaimanapun, beberapa ketua biro akademik tidak dapat hadir atas masalah-masalah tertentu.
-BK-

0 Respon:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More