Monday, May 18, 2009

Belum penamat......


Alhamdulillah.

Segala puji hanya layak baginya..
Panjatkanlah segala kepujian padanya kerana nilai kesyukuran kita tidak setanding dengan nilai nikmat yang dikurniakan kepada kita..

Syukur kehadratNya..
Tanggal 18 Mei 2009 iaitu hari ini, telah berakhirlah 2nd exam untuk kita semua iaitu 2 ari selepas daripada hari ulang tahun kelahiran seorang daripada sahabat kita.

Setelah kita mengembling tenaga memerah minda, akhirnya berakhir juga second exam buat kita. Mesti bermacam macam tindak balas dan reaksi selepas abis exam ni.

" Jom kita gi swim kt Madinah Hasan"

" Demo nak ikut kawe gi Amman dok? Meh le.."

" Wei, ang nk ikut aku dak?Jom pi balad.Aku nk bakaq ayam malam ni buat bbq.."

" Mg guane ni? Exang dh abih, Jom tgok movie jom."

Inilah antara dialog-dialog yang merupakan dialog orang yang berfikiran jauh ke hadapan. Bercakap berkaitan hal-hal masa depan .Layak menjadi pemimpin negara. (kenapa perlu italic)..

Ada juga dialog dari pakar-pakar sejarah. Berbincang perihal masa lampau.

"Amacam td, ok? Senang ke buat setiap check point.. ke setakat atah' pagau je?"

"Awok nok kabo skit ni. Awok tadi byk yang x bleh buat, ate, awok gemento ni susah ati."

"Enta tadi macam mna? Bleh jawab elok ke? Enta mesti mantap ni.."

Antara dialog-dialog ini, mungkin ada antaranya telah kita alami sebentar tadi. Mungkin juga tidak pernah mendengar malah terlintas pun .Barangkali ada juga yang tersenyum sendirian kerana mungkin ada diantara dialog ini iras-iras apa yang terlakar di bibir masing-masing. Tidak kira bagaimana situasinya sekali pun. Namun , yang pasti kita telah melalui second exam, insyaAllah dengan baik dan jayanya. Biar apa pon natijahnya, Pandanglah pada usaha kita kembali.Moga-moga semua berpuas hati.Perkara yang paling penting adalah kita bersyukur.

Tidak perlu untuk mengolah terlalu panjang tentang bersyukur.Ini kerana perkara ini daripada kecil sudah kita didedahkan dengan pelbagai medium untuk diterjemahkan. Daripada sekecil2 ucapan terima kasih sehinggalah sujud syukur dan kenduri kesyukuran. Walau apa pon medium yang kita gunakan, biarlah ia tidak bertentangan dengan syara' dan moleklah kita kerjakannya dengan penuh keikhlasan disolek pula dengan istiqamah.

Manusia sering lupa dengan nikmat yuang dikurniakannya dan sering juga lupa untuk bersyukur dengannya. Menurut satu hadis daripada Rasulullah , manusia sering lupa dengan nikmat-nikmat dariNYa terutama 2 nikmat iaitu "masa lapang" dan "kesihatan".

Hari ini marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat masa lapang setelah tamatnya second exam ini dan bersyukur juga dengan setiap natijah kepada usaha-usaha kita bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Biar apa sekalipun natijahnya, mumtaz, jayyid jiddan, jayyid, maqbul ataupun tidak, berserahlah kerana Dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya.Sesunguhnya dengan kita bersyukur, insyaAllah akan ditambahkan nikmat kepada kita. Selari dengan firmanNYa dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".

Jangan ingat habis exam kali ini , kita memberhentikan segala pemerahan tenaga kita. Teruskanlah momentem yang telah dibina untuk membuat persediaan menghadapi final exam.Ingat usaha bukan sahaja bermaksud membaca dan menelaah buku dan sejenis dengannya seperti leccture note dan summarising paper. Kita punya bermacam usaha termasuk usaha fizikal dan spiritual yang perlu dipertingkatkan. Ayuh! Jangan tunggu lagi...........

~RACS~

4 Respon:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fawwaz Saleh said...

awat 2-one punya komen kena delete admin???

Fawwaz Saleh said...

"tanggal 18 mei iaitu hari ini telah berakhirlah 2nd exam iaitu 2 hari selepas daripada ulang tahun tahun seorang daripada sahabat kita"



haha..nk gak promote hari jadi 'shbt kita'

Unknown said...

k0men ak kne delete....
sbb........RACS igt 0rg x knl dy~~
haha...



~taztar~
p/s:jgn gatai nk delete~

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More